Contact Me

Nama: Muhammad Zubair Ghazali

No Tel: 019-5236212

Email: beliquran[at]gmail.com

Alamat: No 28, Taman Shukor, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

No akaun Bank:

CIMB Islamic - 08070001708208
Maybank Islamic - 158118179955
Bank Islam - 08086020124185

Friday, August 13, 2010

Hanzalah Bookstore dan Stormreaders

Posted On 2:31 PM by Ibnu_ghazali |


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, selepas beberapa sesi introduction oleh agen Stormreaders di kawasan saya (Perak) akhirnya saya merasakan keyakinan untuk menyertai Stormreaders.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu Stormreaders boleh klik gambar di bawah ini






InsyaAllah, selepas ini, Hanzalah Bookstore akan cuba meningkatkan lagi sistem yang sedia kepada sistem yang lebih baik. Semoga prestasi Hanzalah Bookstore di dalam bidang perniagaan dapat dipertingkatkan juga. Cumanya, saya sangat berharap agar semua pembaca dapat memberikan sokongan kepada usaha kami iaitu untuk membina masyarakat berjaya dan matang di dalam arus dunia..

Untuk pergi ke E-shop kami, pembaca boleh pergi ke alamat berikut :






Untuk permulaan, saya sangat mencadangkan pembaca semua untuk membeli majalah SOLUSI,

Cuba lihat di sini :








Kalau berminat untuk melanggan, boleh hubungi saya :

Nama: Muhammad Zubair Ghazali

No Tel: 019-5236212

Email: beliquran[at]gmail.com

Alamat: No 28, Taman Shukor, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

No akaun Bank:

CIMB Islamic - 08070001708208
Maybank Islamic - 158118179955
Bank Islam - 08086020124185

Sekian saja, jumpa lagi di Hanzalah Bookstore


Sunday, August 1, 2010

Hanzalah Bookstore dan Sinopsis

Posted On 11:43 AM by Ibnu_ghazali |


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah selepas usia yang berpanjangan, dan usaha yang diletakkan. Blog kami, HanzalahBookstore sudah mula beroperasi.. InsyaAllah, sekarang dalam proses mengupdate dengan pelbagai isi dan misi.

Herm.. Bagaimanapun, untuk tempahan buku bulan Julai yang lepas. Telahpun selesai pada 28hb Julai yang lalu, sekarang sedang menunggu tempahan tu sampai pada hari Selasa, 3hb Ogos nanti. Diharap para pelanggan dapat bersabar sedikit, sebab bumi Indonesia sangat luas. Maka pencarian buku-buku yang ditempah, tidak dapat berjalan dengan sempurna. InsyaAllah, ke hadapan kami akan memperbaiki servis kami dan memperbaiki sistem kami yang sedia ada.

InsyaAllah, kami juga akan mendaftarkan syarikat kami dengan nama Believers Enterprise. Doakan segalanya agar dapat berjalan dengan lancar. Bukan mudah bagi seorang student untuk buat semua ini, tapi insyaAllah boleh sekiranya pengurusan masa dilakukan dengan baik. Ini demi masa depan yang dirancang untuk mencari keredhaan Allah swt. Tapi, semuanya tetap tertakluk pada ketentuan-Nya. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah swt yang menentukan.

Klik Untuk Memperbesar

Jadi, harap segalanya dapat berjalan dengan lancar. Untuk ke hadapan. Kami sedang merancang untuk menambah pilihan buku daripada penerbitan yang lain. Contohnya Robbani Press, AQWAM, dan juga buku-buku Malaysia sendiri seperti Telaga Biru, Pustaka Salam, dan macam-macam lagi. Harapnya Allah memberikan pertolongan.

Wallahua'lam. Blog ni dah lama tak berupdate, insyaAllah selepas ni semakin komited dan bersemangat..

Allahuakbar!!


Sunday, July 11, 2010

ESQ 165 Sesat?!

Posted On 7:37 AM by Izzat Zainal |


Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum...







Salam ukhwah buat pembaca yang di kasihi sekalian. Jangan terkejut dengan tajuk entry ini, saya percaya isu ini menjadi sedikit kontrovesi dikalangan masyarakat kita sekarang dek kerana fatwa pengharaman ESQ yang dikeluarkan mufti wilayah persekutuan iaitu Datuk Wan Zahidi Wan Teh.




Saya tak pernah mengikuti program ESQ yang di anjurkan mereka, tapi tahulah ESQ tu apa. Lebih kurang cam slot muhasabah yang memberi keinsafan la. Memang saya akui sendiri slot seperti ini memberi kesan mendalam kepada jiwa, ia juga tergantung kepada pengisi atau trainer itu sendiri.



Mereka yang punya kekuatan ruhiyah serta di tambah pula dengan kemahiran psikologi yang tinggi sahaja mampu untuk menyentuh jiwa-jiwa manusia (Hidayah unsur pertama).


Saya sendiri jika ada slot muhasabah pasti akan cuba untuk menangis kerana elemen didalamnya yang memberi keinsafan. Dalam berdakwah ni ada pelbagai cara. Tak kan kita nak tolak method dakwah seperti ini jika ia memberi keinsafan dan kesedaran.


Walhal di luar sana method dakyah puak yahudi dan nasrani semakin di pelbagaikan. Ada saja idea hiburan yang di jelmakan. Tidak risaukah kita ? Jika di lihat testimoni mereka yang pernah mengikuti program ini pasti kita temui terlalu banyak perkara positif Kita sepatutnya lebih kreatif dalam berdakwah asalkan matlamat tidak menghalalkan cara sudah ! Menurut Ustaz Zaharuddin, “Sebelum saya mengulas, terlebih dahulu ingin saya nyatakan secara umum, kalaupun kandungan kursus ESQ tidak mempunyai sebarang kesilapan dari sudut Aqidah yang jelas, seluruh kursus ESQ ini AKAN TETAP DITOLAK oleh individu dan kumpulan yang mengikuti manhaj SALAF.



Ini kerana mereka TIDAK menerima konsep keharusan ijtihad dalam bab ibadah khusus (ta'abuddi) sama ada cara atau pendekatan tambahan, malah berzikir menggunakan biji tasbih turut tidak diterima oleh majoriti individu dari aliran ini, apatah lagi sebuah majlis seperti ESQ yang menggunakan pendekatan zikir yang lebih jauh dan pelbagai dari biji tasbih.



Kesimpulannya, mana-mana individu yang kukuh dan utuh berpegang kepada aliran pendapat sebegini (khususnya dari kalangan yang dianggap ekstrem, keras serta tegas), kursus ESQ sememangnya TIDAK SESUAI atau boleh dikatakan sekitar 60 % pendekatan dan inti kursus akan diputuskan tidak menepati Syariah jika dinilai dari neraca dan pertimbangan aliran yang digelar salafi.



Pembaca tidak perlu merasa marah atau pelik dengan keadaan itu, ini adalah kerana mereka mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ibadah khusus dan teknik pelaksanaannya, malah kebanyakkan pegangan dan pendapat mereka sudah dari awal tidak selari dengan pendekatan dan majoriti kandungan kursus ESQ, justeru terlalu banyak dari pendekatan ESQ yang akan secara automatis tergolong dalam rekaan bentuk dan pendekatan baru bagi ibadah khusus, seperti zikir dalam suasana baru, teknik baru, tafsiran dan huraian baru dan macam-macam lagi.



Namun begitu, menurut pengamatan saya. Aliran Salaf di Malaysia boleh dibahagikan secara umumnya kepada tiga jenis, Pertama : Yang ekstrem lagi keras dan tegas. Kedua : Yang Sederhana (moderate), Ketiga : Yang lebih lembut dan toleran (Mild).



Penolakan total ESQ yang saya maksudkan di atas pastinya dari kumpulan jenis pertama, manakala Salafi dari kumpulan kedua dan ketiga, banyak bergantung kepada perincian, perubahan dan perbincangan. Ada yang menolak dan ada yang boleh menerima.



Justeru, bukan semua salafi akan menolak ESQ secara total. Kesannya, perbincangan samada pendekatan dan kandungan kursus ESQ benar atau salah, tepat atau seleweng, hanya relevan bagi individu dan kumpulan yang berpegang kepada manhaj KHALAF, ahli takwil dan kumpulan sufi. Ini merupakan pegangan majoriti ahli agama dan awam di Malaysia.



Namun demikian, tidak ramai orang awam yang faham tentang kewujudan dua aliran kefahaman utama di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Cuma jangan dipelikkan kerana ia perkara biasa malah turut wujud dengan luasnya di seluruh dunia umat Islam.”
Saya rasa antum pun faham dengan penjelasan Ustaz Zaharuddin ni.



Setiap acara atau program pasti tak boleh lari dari kesilapan. Begitu juga ESQ, namun ruang pembaikan terbuka luas. Tak perlu untuk kita terus menghukum siapa salah, siapa benar, siapa sesat dan pelbagai lagi kenyataan untuk terus menghukum. Saya sertakan ustaz Zaharuddin untuk penjelasan yang lebih mendalam dan fatwa pengharaman mufti.



Selamat membaca..





Wednesday, July 7, 2010

Buku Indonesia [new]

Posted On 10:29 AM by Ibnu_ghazali |


Bismillahirrahmanirrahim..

Kesyukuran dipanjatkan buat rabb sekelian alam yang mengurus dan mengatur perjalanannya tanpa pernah merasakan kepenatan, dan tanpa pernah merasakan ngantuk.

Alhamdulillah, HanzalahQuran kini ingin mengaktifkan diri kembali.. InsyaAllah, pelbagai promosi akan diadakan sempena bulan Julai ini. Lagipun, tidak lama lagi kita sama-sama akan menghadapi bulan ramadhan. Maka perlunya ada kesiapan dari pelbagai segi. Dari sudut fizikal, mental dan juga ruh.

Namun, apa yang HanzalahQuran ingin tekankan di sini adalah persediaan kita dari segi ilmu dan kefahaman(baca=kafa'ah) mengenai puasa. Sejauh mana kita mempunyai ilmu mengenainya. Dari segi fiqh, kita perlu tahu apa pendapat ulamak-ulamak mengenai puasa. Dari segi ruhiyah, kita perlu tahu teknik-teknik untuk menghasilkan momentum yang baik untuk ibadah kita dan perlu untuk mengetahui cara-cara menjaga stamina iman. Dari sisi hidup seorang pekerja, pelajar dan juga ibu bapa , kita juga perlu tahu cara untuk mengoptimumkan puasa kita dan mengelakkan diri dari terpengaruh dengan nafsu durjana.

Maka, kami di HanzalahQuran ingin mengadakan promosi jualan buku, dan bukan buku-buku biasa. Kami menjual buku yang ditempah khas daripada indonesia. Anda Berminat??

Di sini kami sertakan katalognya..





Tak cukup dengan katalog, kami juga menyediakan senarai harga buku yang boleh di download di sini : Senarai Harga Buku

Dan untuk Cara-cara tempahan

Promosi Menarik Untuk Bulan ini:

1. Dengan setiap Pembelian, anda akan mendapat diskaun 15%. Jangan lepaskan peluang ini.

2. Penghantaran adalah PERCUMA kepada mana-mana agen.

3. Stok buku dijangka akan tiba pada 28hb Julai. Bermakna, stok buku akan tiba kurang daripada 3 minggu. Dan akan diedarkan dalam julat masa 28 Julai - 5 hb Ogos. InsyaAllah..

Jadi, apa tunggu lagi. Cepat-cepat hubungi kami di,

zubair (Perak, KL, Selangor) : 
019-5236212   atau    zidanebro89[at]gmail.com

izzat (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) : 
013-5943359    atau    anakaya89[at]gmail.com

faimaize (Perlis, Kedah, Pulau Pinang) : 
019-4602842    atau     mizijaws[at]gmail.com



Sekian, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Wallahua'lam

P/s : sesiapa berminat menjadi agen atau wakil IPT masing-masing, boleh hubungi nombor di atas ataupun emel. Sekian..


 

Hanzalah Quran E-Store Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha